Kata pelakon yang sinonim dengan lakonannya dalam Sembilu. dia memahami kerisauan tersebut memandangkan Shahir kerap dilanda kontroversi dan masalah peribadi.
Pun begitu, kata Erra, sebagai manusia biasa, dia menyerahkan kepada ketentuan takdir yang dia sendiri tidak tahu di mana dan bagaimana penghujungnya.
"Apa yang saya boleh katakan, doakan saja yang terbaik buat saya. Mungkin sekarang kita nampak seseorang individu itu banyak masalah, tetapi di penghujungnya mungkin dia lebih baik daripada mereka yang tidak punya masalah hari ini.
"Saya dengar dan hargai semua nasihat yang diberikan dan dalam masa yang sama, saya minta pada Allah SWT agar diberikan petunjuk serta dipermudahkan perjalanan selepas ini," kata Erra.
Tambah pelakon yang diberi jolokan primadona filem Melayu itu lagi, senang untuk orang luar mempertikaikan mengapa dia masih memilih untuk meneruskan hubungan dengan Shahir, namun hanya dirinya yang melalui kehidupan itu lebih tahu hakikat sebenar."Orang cakap saya sepatutnya kahwin dengan orang seperti ini, seperti itu. Senanglah hidup jika situasinya begitu.
"Tetapi kehidupan tidak semudah kita bercakap. Ini cabaran dalam hidup saya dan saya hanya mampu berdoa agar diberikan yang terbaik," jelasnya.
Mengakui masih berhubung baik dengan Shahir yang dicungkil bakatnya melalui program realiti, Akademi Fantasia itu, Erra menafikan dakwaan yang beliau bakal mendirikan rumah tangga Mac ini.
"Tiada perancangan kahwin buat masa ini. Tahun ini, perancangan saya ialah fokus kepada kerja.
"Tapi tidaklah sampai saya menolak jodoh. Kalau Tuhan kata saya kahwin tahun ini, saya terima ketentuan itu," tambahnya.
Erra ditemui pada majlis santai bersama media di pejabat pengurusannya, Mindorder Management, di Petaling Jaya, hari ini.
Ditanya tentang keputusannya memilih bernaung di bawah syarikat itu selepas lebih 20 tahun menguruskan kerjaya sendiri, kata Erra, ia bertitik tolak daripada kepercayaannya kepada syarikat tersebut.
"Saya menghargai bantuan dari pelbagai pihak dalam menguruskan kerjaya saya selama ini. Tapi sudah tiba masanya saya serahkan urusan itu kepada mereka yang profesional.
"Saya akui seorang artis memang memerlukan syarikat pengurusan yang berkredibiliti kerana ia bukan sahaja membantu melancarkan perjalanan karier tetapi juga boleh membantu mengembangkan lagi potensi," ujar Erra.
Bagi Pengarah Urusan Mindorder, Murshid Eunos, mereka berbesar hati menerima kehadiran Erra dan sudah pun merangka pelbagai pelan strategik untuk kerjaya ibu tunggal beranak satu berusia 44 tahun itu.
"Insya Allah, kami mahu membuat penjenamaan semula nama Erra Fazira sebagai primadona filem Melayu tahun ini," kata Murshid.
Saluran 501 Awani turut membuat lintas langsung sidang media khas itu di Facebook 501 Awani.
Sumber 'Orang boleh pertikai persahabatan kami, tapi saya yang melaluinya' - Erra Fazira