Pelajar tingkatan 5 jatuh bangunan sekolah akibat histeria

Pelajar tingkatan 5 yang cedera akibat terjatuh bangunan sekolah dirawat di Hospital Hulu Terengganu. — Paparan skrin GooglePelajar tingkatan 5 yang cedera akibat terjatuh bangunan sekolah dirawat di Hospital Hulu Terengganu. — Paparan skrin GoogleKUALA BERANG, 16 Jan — Seorang pelajar tingkatan 5 dari sebuah sekolah di Kuala Berang di sini terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah itu hari ini dipercayai akibat histeria.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata pihaknya telah menerima laporan tentang kejadian itu pada jam 7.20 pagi daripada Guru Penolong Kanan sekolah berkenaan.  

“Menurut siasatan, mangsa baru sahaja memasuki sekolah tersebut pada 3 Jan lalu dan sebelum ini bersekolah di Kuala Terengganu. Adik mangsa berumur 16 tahun yang turut bersekolah di sini (Hulu Terengganu) diamanahkan untuk menjaga mangsa.

“Mangsa kini telah dibawa ke hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut dan status keadaannya masih belum diketahui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Adli, laporan kecederaan masih lagi dalam siasatan pihak hospital. Mangsa kini sedang jalani pemeriksaan X-Ray di Hospital Hulu Terengganu.

Ayah mangsa, yang tidak mahu dikenali berkata anaknya telah mengalami kemurungan sejak berumur 15 tahun dan telah dihantar olehnya ke salah sebuah madrasah di Hulu Terengganu untuk memulihkan penyakit kemurungan mangsa.

Masa dia jatuh itu tiada saksi sebab tak ada orang tengok… kita pun tidak tahu sama ada dia rebah sendiri ataupun memang jatuh dari tingkat tinggi. Sekarang kita tunggu keputusan pakar.

“Dia pun hanya cedera di muka, dan tidak teruk, cuma sekarang dia tidak ingat apa-apa yang berlaku bila saya tanya… tapi InsyaAllah kalau tiada apa-apa esok dia sudah boleh pulang,” katanya. — Bernama



Sumber Pelajar tingkatan 5 jatuh bangunan sekolah akibat histeria

Post a Comment

Previous Post Next Post