JERANTUT, 16 Jan — Badan Permuafakatan Generasi Baru Negeri Pahang mendesak ahli Parlimen Pokok Sena diharamkan memasuki negeri ini.
Membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Jerantut, setiausaha NGO itu berkata desakan tersebut perlu jika Datuk Mahfuz Omar enggan memohon maaf.
Memberi tempoh 24 jam, Zairul Nizam Osman kesal dengan tindakan Mahfuz memperlekeh dan mempersenda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, lapor Sinar Online.
“Kita mahu tindakan tegas dapat diambil ke atas beliau kerana melanggar Akta Hasutan 1948 sebagai pengajaran buat semua agar tidak mencampuradukkan politik dan institusi raja,” katanya.
Menganggap Mahfuz mempermainkan institusi raja dalam satu ceramah baru-baru ini, beliau bimbang perbuatan itu mengakibatkan rakyat hilang hormat terhadap institusi tersebut.
Sumber Desak Mahfuz mohon maaf 24 jam atau disekat masuk Pahang
Tags:
PMMO