Dia yang bergerak berseorangan dan menyamun menggunakan senjata api bagaimanapun tewas selepas di tahan Polis Pulau Pinang selepas melakukan samun 11.30 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Zainol Abdul Samah berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan selepas menyamun kedai serbanika di Jalan Bagan Luar, Butterworth.
''Suspek bekerja sebagai pemandu teksi di Kuala Lumpur dan dia balik ke sini kemudian melakukan samun 7E.
"Bila dia dapat hasil samun, dia akan balik semula ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai pemandu teksi,'' katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Suspek katanya akan berpura-pura membeli barang di kedai serbanika sebelum mengacukan pistol ke arah juruwang untuk meminta mereka menyerahkan wang tunai.
''Kes di Bagan luar, seorang lelaki berpura-pura beli roti kemudian mengacukan pistol ke arah pengadu (juruwang) dan meminta menyerahkan wang tunai.
"Selepas mendapat wang, dia melarikan diri menaiki sebuah Proton Perdana warna hitam,'' ujarnya.
Menurutnya, suspek ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas kes berkenaan dilaporkan.
Suspek ditahan disebuah rumah di Padang Serai, Kedah bersama sepucuk pistol Smith & Wesson, enam butir peluru pada bahagian pinggang sementara 14 butir lagi ditemui di dalam bonet kereta di luar rumahnya.
Hasil soal siasat, suspek mengaku melakukan samun bersenjata api dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/ 397 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat ) dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.
Sumber Pemandu teksi jadi penyamun sambilan akhirnya ditumpaskan