Penyanyi Respon Tuduhan Dibela 'Sugar Daddy'

Penyanyi rap Yook Ji Dam dituduh dibela oleh seorang lelaki kaya apabila dia melancarkan portal beli-belah pakaian mewah baru-baru ini.

Koreaboo melaporkan gosip mengenai perkara itu tersebar selepas nama Ji Dam tersenarai sebagai pemilik butik online itu.

Netizen segera membuat spekulasi bahawa Ji Dam menerima duit daripada 'sugar daddy' bagi membolehkannya menjual barangan mewah.

Bagaimanapun Ji Dam segera menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan seorang rakannya yang mengeluarkan modal untuk perniagaan itu.

"Benar bukan duit saya dan portal itu juga bukan milik saya walaupun nama saya tertera sebagai pemilik.

"Sebaliknya modal dikeluarkan oleh seorang rakan saya dan kami berdua menguruskan portal beli-belah itu.

"Saya sebenarnya hanya bertindak sebagai model," katanya.

Sementara itu, rapper yang pernah muncul menerusi program Show Me The Money dan Unpretty Rapstar ini berkata, dia ada merancang untuk mengeluarkan rangkaian fesyen jenamanya sendiri namun bukan pakaian berjenama.

Sebaliknya dia ingin tampil dengan produk mampu milik yang menampilkan fesyen masa kini.



Sumber Penyanyi Respon Tuduhan Dibela 'Sugar Daddy'

Post a Comment

Previous Post Next Post