Pelantun lagu hit Livin' La Vida Loca berkongsi berita tersebut ketika ditemubual E! pada 10 Januari lalu ketika menghadiri sebuah acara tayangan filem televisyen terbarunya, The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story.
"Saya seorang suami. Kita (dengan Jwan) sudah berkahwin, dan kita sudah bersumpah. Kita juga sudah menandatangani beberapa dokumen yang perlu, perjanjian pra-perkahwinan lain-lain lah," dedah Ricky.
Begitupun penghibur berusia 46 tahun itu tidak memberikan penjelasan lanjut bila tarikh sebenar dia dan Jwan mengikrarkan janji suci perkahwinan mereka. Pangan ini juga belum lagi mengadakan majlis resepsi.
Seperti tidak mahu menyimpan kebahagiaannya itu sendiri, Ricky juga mendedahkan dia merancang mengadakan majlis yang meriah selama tiga hari, tidak lama lagi.
"Ya tipikal pesta tiga hari lah. Kamu adalah pertama yang tahu," tuturnya.
Dalam pada itu, Ricky mengaku ada perbezaan yang dirasakan setelah bergelar suami.
"Luar biasa sangat! Saya sekarang tidak perlu lagi memperkenalkan dia kepada orang-orang sebagai tunangan saya. Dia lelaki saya," tambah penyanyi berdarah Latin itu.
Sumber Ricky Martin Mengaku Dah Kahwin Dengan Teman Lelaki