Sebarang tempahan di restoran kini hanya di hujung jari anda. (Gambar: Qthai)
Anda mungkin menyalahkan kekangan masa kerana tidak sempat membuat panggilan untuk menempah sesebuah restoran berkenaan. Namun pada zaman yang serba canggih ini, tempahan menerusi panggilan telefon mungkin dianggap ketinggalan zaman!
Kini rata-rata restoran mula bekerjasama dengan pembangun aplikasi untuk memudahkan tempahan dilakukan dari hujung jari.
LEBIH 2,000 RESTORAN SEKITAR KUALA LUMPUR
Aplikasi Eatigo antara yang telah memasuki pasaran membabitkan restoran tempatan sekitar Kuala Lumpur.
Jumlah restoran yang mendaftar di bawah aplikasi ini bukan calang-calang kerana terdapat lebih 2,000 buah restoran yang tersenarai.
Jika anda fikir hanya restoran hotel dan mewah saja, anda silap kerana restoran biasa juga tersenarai dalam sistem penempahan ini. Antara yang menarik perhatian adalah restoran steambot Qthai yang terkenal di Ampang.
Selain itu, restoran makanan segera seperti Pizza Hut juga tersenarai.
Caranya amat mudah, anda hanya perlu memuat turun aplikasi ini dan boleh memilih kategori disediakan iaitu promosi harian, 'buffet', makanan barat dan restoran yang ‘trending’.
Selain menu lokal, restoran yang menghidangkan menu Thailand dan Jepun juga ada. Sebaik memilih restoran, anda hanya memilih tarikh dn waktu.
Perlu diingatkan aplikasi ini hanya membabitkan premis makanan di sekitar Kuala Lumpur saja.
TEMPAH SAMBIL DAPAT DISKAUN
Bagi kategori promosi, senarai restoran berubah-ubah mengikut hari dan apa yang menariknya kadar diskaun ditetapkan hampir 50 peratus potongan!
Aplikasi ini percuma dan boleh dimuat turun menerusi App Store atau Play Store.
Jika anda berada di luar negara, aplikasi ini juga menyokong lokasi di Thailand, Singapura, Hong Kong, India dan Filipina.
Sumber Plug-in: Zaman 'Call' Tempah Restoran Sudah Berakhir, Guna Aplikasi Ini Siap Dapat Diskaun!