Difahamkan, lelaki itu yang ditahan SPRM Putrajaya semalam, disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah.
GEORGE TOWN: Seorang timbalan pengerusi sebuah syarikat swasta berpangkat “Datuk” direman 6 hari bagi membantu siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM15 bilion.
Perintah reman yang berakhir 15 Januari ini, dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret George Town, Muhammad Azam Md Eusoff selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Lelaki berusia 50 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Majistret pada 11.40 pagi tadi dengan tangannya bergari dan berpakaian uniform lokap SPRM.
Difahamkan, lelaki itu yang ditahan SPRM Putrajaya semalam, disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah.
Semalam, pegawai SPRM dilaporkan menyerbu pejabat beberapa agensi kerajaan dan syarikat swasta di Pulau Pinang yang terbabit dalam projek terowong itu, selain merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan.
Sebuah syarikat di Batu Maung, firma pembinaan di Menara Boustead, Kuala Lumpur, pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang dan 3 lagi agensi kerajaan berlainan di Komtar antara yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut.
Pada 5 Januari lalu, Parti Cinta Malaysia membuat laporan ke-2 dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek itu kepada SPRM di Putrajaya.
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan 3 jalan utama, dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang dijadualkan bermula 2023.
Projek itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kerajaan Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
Projek terowong: SPRM serbu syarikat, pejabat kerajaan Pulau Pinang
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Sumber Projek terowong Pulau Pinang: ‘Datuk’ direman 6 hari