Salleh: Tukar kerajaan dan PM tak selesai masalah negara

Bendahari Umno itu berkata, tindakan menukar kerajaan tidak menamatkan krisis politik serta ekonomi yang dihadapi AS dan UK, sebaliknya menyebabkan keadaan lebih teruk.

salleh-keruak_malaysia_baru_600

KUALA LUMPUR: Malaysia dapat menangani krisis yang dihadapinya lebih baik daripada banyak negara lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, dunia sedang berdepan pelbagai krisis, Malaysia turut menerima kesannya.

Namun, beliau berpendapat, penyelesaian kepada krisis bukanlah dengan mengambil jalan mudah seperti mengubah kerajaan atau perdana menteri.

“Pakatan Harapan memberitahu rakyat, Malaysia sedang menghadapi krisis politik dan ekonomi, dan satu-satunya cara untuk mengatasi masalah itu adalah dengan menukar kerajaan atau menggantikan perdana menteri,” katanya dalam catatan di blog sskeruak.blogspot.my malam ini.

Merujuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), beliau berkata, kedua-dua negara itu merupakan contoh demokrasi barat dengan AS mengamalkan sistem kerajaan republik, manakala UK melaksanakan pemerintahan raja berperlembagaan Westminster.

“Kedua-duanya mengalami krisis ekonomi dan politik,” katanya sambil memberitahu kerajaan kedua-dua negara itu juga sedang menghadapi krisis keyakinan dan berusaha kekal relevan.

Bendahari Umno itu berkata, tindakan menukar kerajaan yang dilakukan di AS dan UK bukan sahaja tidak menamatkan krisis politik serta ekonomi yang dihadapi mereka, sebaliknya menyebabkan keadaan lebih teruk.

“Apa yang berlaku di bahagian dunia lain juga memberi kesan kepada Malaysia. Ini bermakna penyelesaian bukanlah dengan mengambil jalan mudah seperti menukar kerajaan atau perdana menteri,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Salleh: Tukar kerajaan dan PM tak selesai masalah negara

Post a Comment

Previous Post Next Post