Kejadian yang berlaku sekitar tiga minggu lalu itu menyaksikan Hady berdaftar sebagai pemandu Grab mengunakan nama sebenarnya Muhammad Mirzahady Amin, lapor akhbar Straits Times.
Rakaman paparan berkenaan dimuat naik pemilik akaun Twitter @HanisRojo. Beliau yang jelas teruja dengan pengalaman itu bagaimanapun enggan bersua foto dengan penyanyi yang pernah mencetuskan sensasi di republik itu sekitar sedekad lalu.
Straits Times juga mengesahkan kesahihan akaun berkenaan dan mendapati Hady memandu Toyota Wish dan memperoleh penarafan lima bintang.Hady, bagaimanapun, enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi.
Nama Hady Mirza mengecap populariti kalangan warga Singapura selepas memenangi siri TV realiti 'Singapore Idol' pada 2006.
Beliau yang kini berusia 37 tahun itu kemudian menjuarai Asian Idol pada 2007, mengalahkan pemenang Idol lain dari Malaysia, Indonesia, India, VIetnam dan Filipina. Malaysia ketika itu diwakili Jaclyn Victor.
Hadi sudah merakamkan dua album, masing-masing pada 2006 dan 2008. Album pertamanya memperoleh status platinum hanya selepas empat hari diterbitkan.
Bagaimanapun Hady bukan satu-satunya individual terkenal yang memandu untuk perkhidmatan e-hailing berkenaan.
Sebelum ini, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dilaporkan pernah memandu Uber, antara lain untuk mengumpul dana bagi tujuan kebajikan.
Sumber Sedekad berselang, pemenang Singapore Idol, Hady Mirza kini pemandu Grab