Filem tersebut merupakan sekuel untuk filem Ayat Ayat Cinta yang mencipta sukses di pawagam Indonesia dan Malaysia pada 2008.
“Selepas hampir 10 tahun, saya harus menghidupkan semula watak Fahri. Sukar untuk saya membentuk karakter Fahri selepas sekian lama.
“Di filem pertama, saya masih bergelar pelajar. Kini, segalanya sudah berubah. Fahri bergelar ahli perniagaan dan pensyarah.
“Saya membawa watak ke satu tahap lain, tetapi masih mengekalkan jiwa Fahri dalam karakter tersebut,” katanya.Tambah Fedi, dia juga harus menangis mengikut arahan pengarah, Guntur Soeharjanto.
“Selalunya, jika ada babak sedih, tangisan itu datang sendiri. Tetapi sutradara mahu saya menangis mengikut ketetapan skrip.
“Pada mulanya, agak sukar tapi lama kelamaan semuanya mengikut apa yang dikehendaki pengarah,” katanya lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan Ayat Ayat Cinta 2 yang akan menemui penonton di 109 pawagam Malaysia bermula 11 Januari ini.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Sumber 'Selepas hampir 10 tahun, sukar untuk saya' - Fedi Nuril