"Seriknya Allah saja yang tahu dan sakit badan aku yang tanggung," demikian kata Puan Aishah Aziz yang berkongsi pengalamannya di Facebook tentang penemuan berbiji-biji breast lump di payudara kirinya.
Beliau hanya menyedari benjolan itu pada Oktober tahun lalu dan tidak merasa sakit apabila benjolan itu ditekan. Namun begitu, pergerakan tangan kanannya terganggu dan rasa tidak selesa, mendorong beliau membuat pemeriksaan kesihatan di klinik.
7 biji Breast Lump ditemui dalam right breast
BILA ada yang bertanya kenapa aku admit ward tempoh hari dan seminggu aku hanya 'me time' inilah puncanya. Ceritanya begini, aku dapat detect lump ini pada bulan Oktober 2017. Aku dapat merasakan terdapat benjolan dan ianya bergerak-gerak apabila ditekan. Tak rasa sakit pun tetapi ada sedikit rasa tidak selesa semasa aku menggerakkan tangan kanan.
Setelah berbincang dengan suami, kami buat keputusan untuk terus pergi ke Klinik Pakar Sakit Puan untuk buat imbasan dan mendapatkan pengesahan berkenaan lump yang terdapat di right breast aku.
Semasa imbasan dijalankan, agak terkejut kerana bukan sebiji dua tetapi berbiji-biji. Doktor pun tak boleh nak kira sebab banyak. Perasaan aku pada masa itu hanya Allah saja yang tahu. Takut.
Selepas itu, doktor terus buat surat dan dirujuk terus dke SOPD Hospital Ipoh untuk rawatan lanjut. Aku pun terus buat rawatan ultrasound, biopsi dan terus buat keputusan untuk jalani pembedahan.
Alhamdulillah, semuanya cepat. Sepatutnya tarikh pembedahan pada bulan Oktober 2018, tetapi dipercepatkan mungkin disebabkan lump aku semakin membesar dan mungkin berbahaya.
Semasa hari pembedahan itu, aku rasa macam nyawa terakhir aku. Takut hanya Allah saja yang tahu. Diiringi dua ornag doktor pakar dan empat orang jururawat dalam dewan bedah. Selepas mengucap dua kalimah syahadah, aku terus tidak sedar apa yang diorang buat pada aku.
Aku hanya sedar selepas dua jam kemudian bila semuanya sudah selesai. Alhamdulillah, seperti diberi nyawa kedua. Aku ditolak ke dalam wad dan diberikan rehat secukupnya.
Semasa lawatan doktor selepas pembedahan itu, aku sangat terkejut apabila doktor bedah itu mengatakan dia telah membuang tujuh biji lump dalam right breast aku. Paling besar 2 x 1 sentimeter dan yang lain-lain semuanya kecil-kecil dan menunggu masa untuk membesar. Allahu, nasib aku dibedah awal. Syukur Ya Allah kerana berikan aku kesedaran awal.
Selepas pembedahan itu, perasaan bercampur baur dan aku mula berfikir apakah punca terjadinya lump sebanyak dan secepat ini. Dan suami aku tetap bertegas bahawa semuanya berpunca dari jamu yang aku makan sejak awal tahun lalu. Yang mungkin telah mengganggu hormon dalam badan aku dan meningkatkan pertumbuhan lump secepat itu.
Allahu, kalau betul itu puncanya, aku takkan menyentuh lagi jamu-jamu yang tidak tahu mana asal usulnya. Seriknya Allah saja yang tahu dan sakit badan aku yang tanggung. Jangan hanya fikir nak cantik badan saja. Tetapi organ dalam badan sedang menderita kesakitan. Sekian.
Sumber 'Seriknya, Allah saja yang tahu dan sakit badan yang aku tanggung'
Tags:
thereporter