Mengucap panjang bila membaca perkongsian kisah rakan Sabrina ini yang dianiaya dan dilayan seperti kain buruk oleh suaminya. Sudahlah si isteri (lewat 20-an) sarat mengandung (32 minggu), si suami pula selamba membawa perempuan lain pulang ke rumah dan menghalau isterinya keluar dari bilik kelamin mereka agar dia dan kekasihnya dapat menggunakan bilik itu.
Hati isteri mana yang tidak kecewa melihat perangai suaminya liar sebegini. Suami yang disangka akan berubah selepas kehadiran cahaya mata, rupa-rupanya mengambil kesempatan untuk curang dengan perempuan lain.
PAGI-pagi dah baca mesej dari kawan yang dia akan bercerai sebab malam tadi suami dia bawa balik perempuan lain dan si suami meminta dia yang mengandung tidur di ruang tamu agar dia dapat menggunakan bilik tidur mereka.
Men, why are you like this? What is it about pregnancy yang buat suami-suami ini nak curang ya? Bukan ke masa isteri mengandung, si suami lebih mahu 'bersama' isterinya sendiri?
Saya tak fahamlah, kenapa si suami tergamak melakukan perbuatan yang teruk seperti ini terhadap perempuan yang dikahwininya. Sedihnya.
Yang paling menyakitkan hati, bila dah kahwin dia suruh isteri pakai tudung, berhenti kerja dan duduk di rumah. Isteri akur. Isteri masak untuk suami, pagi-pagi dah sediakan baju dan sebagainya tetapi si suami masih curang. Apa masalah ini sebenarnya? Nak apa lagi?
Pergilah check in mana-mana kalau nak sangat pun. Saya tak pernah suka lelaki itu. Masa belum kahwin, mereka selalu bergaduh, putus tetapi sambung balik. Kawan saya sangka kalau dah ada anak, perangai suaminya akan berubah.
Sebelum ini ibu dia memang tak bagi cerai walaupun lelaki itu bukanlah suami yang baik kepada anaknya. Tetapi bila dah jadi begini ,saya harap ibu dia akan support dia.
Saya dah banyak kali mendengar cerita dia ini. Saya dah jadi tempat dia mengadu selama ini. Tetapi memang tak boleh nak nasihatkan dia untuk bercerai kan? Saya cuma dengar sajalah. Tapi bila dah jadi begini, saya rasa dia sendiri dah berputus asa.
Tetapi menangis jugalah saya bila dengar dia menangis tadi. Memang dia rasa kecewa sangat. Saya risau sebab dia tengah sarat mengandung. Takut pula kalau dia meroyan nanti.
Lelaki itu memang 'player' sebelum mereka kahwin. Tetapi dia pandai pujuk. Jadi bila break up pun tak lama. Saya kecewa bila dengar kawan saya mengadu sebab dia sangat sayang pada suami dia. Tapi sekarang dah jadi begini, dia memang nak nekad nak bercerai.
Saya jadi kasihan pada dia. Nak marah pun macam dah tak boleh nak marah. Kasihan sangat.
Dia baru maklumkan kepada saya tadi yang dia pergi buat report hari ini (semalam) dan kena datang balik untuk berjumpa pegawai dengan beberapa dokumen. Katanya rumit sebab dia sedang mengandung tetapi saya harap urusan dia dipermudahkan.
Sekarang dia dah bersama ibunya. Saya berharap dia tabah untuk membuat keputusan yang tepat. Susah kan? Sebab dengan baby lagi on the way.
Saya dah tak tahu apa nak cakap pada dia. Kalau dia tukar fikiran dan tak jadi bercerai, saya akan beritahu dia yang saya tidak mahu tahu apa pun tentang rumah tangganya lagi. Tak sanggup nak tahu.
Sumber Suami balik bawa perempuan lain, halau isteri sarat mengandung dari bilik dan suruh tidur di ruang tamu
Tags:
thereporter