'Syed Saddiq, jangan cuba manipulasi isu pecat kakitangan kerajaan' - Khairy

SHAH ALAM: Ketua Pemuda Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diingatkan untuk tidak memanipulasi desakan Ketua Pemuda UMNO Perlis agar memecat kakitangan kerajaan yang berkongsi dan memuat naik fitnah terhadap pemimpin negara di laman media sosial.

"Kalau ada pegawai kerajaan yang terlibat dalam penyebaran maklumat palsu dan fitnah, itu satu kesalahan dalam peraturan am perkhidmatan awam dan juga perundangan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia," kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Tindakan tatatertib haruslah diambil ke atas sesiapa pun yang menyebarkan fitnah dan maklumat yang palsu. Tidak bermaksud kepada kakitangan awam yang tak sokong parti tertentu.

"Nak sokong mana itu adalah pendirian masing-masing."

Dalam perkembangan berlainan, pelaksanaan had usia 30 tahun dalam Dasar Belia Negara mungkin akan ditangguhkan memandangkan tiada pemimpin pelapis untuk ambil alih kepimpinan terutamanya di peringkat persatuan belia daerah.

"Kita memang cadang nak turunkan ke umur 30 tahun ikut amalan antarabangsa, tetapi hujah menyediakan pemimpin pelapis perlu diambil kira agar dapat dilaksanakan sebaik mungkin."



Sumber 'Syed Saddiq, jangan cuba manipulasi isu pecat kakitangan kerajaan' - Khairy

Post a Comment

Previous Post Next Post