SUNGAI PETANI, 17 Jan — Perbuatan seorang pemandu lori yang merogol dua anak tirinya dilihat depan mata isterinya sendiri.
Mangsa, 13 dan 15 tahun, walau diugut, ada mengadu mengenai perbuatan suspek sejak bulan lalu tetapi ibu mereka tidak percaya, lapor Harian Metro.
“Hinggalah wanita itu melihat sendiri suaminya meraba kedua-dua anak perempuannya sebelum cuba merogol mangsa,” kata ketua polis daerah Kuala Muda.
ACP Saifi Abd Hamid berkata perbuatan suspek dilihat isterinya di bilik tidur rumah mereka di Bandar Puteri Jaya di sini, sebelum aduan dibuat pagi semalam.
Beliau berkata suspek, 47 tahun, ditahan ketika memandu lori sekitar Amanjaya di sini tengah hari semalam dan direman sehingga 23 Januari ini.Kes disiasat bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sumber Tak percaya kata anak, ibu nampak suami cuba merogol
Tags:
PMMO