Terbuka Australia: Nadal cemerlang atasi Dzumhur

Rafael Nadal mengekalkan rekod sempurna bagi tahun 2018 apabila meraih kemenangan 6-1, 6-3, 6-1 ke atas Damir Dzumhur dalam saingan Terbuka Australia, semalam.

Pemain nombor satu dunia itu masih lagi belum tewas satu set di Melbourne dan membuktikan terlalu ampuh buat Dzumhur di Margaret Court Arena, sekaligus menempah slot pusingan keempat untuk bertemu Diego Schwartzman.

Dalam pertembungan di antara Dzumhur-Nadal dalam Terbuka Miami 2016, pemain berusia 22 tahun itu  meraih kemenangan apabila Nadal terpaksa menarik diri kerana mengalami masalah kesihatan.

Tetapi Nadal kali ini menampilkan persembahan berbeza, dengan juara tahun 2009 itu selesa menyerap sebarang pukulan yang dilakukan oleh Dzumhur sepanjang perlawanan.

Nadal hanya memerlukan 22 minit untuk memenangi set pertama, malah ia mampu menjadi lebih pantas jika Dzumhur tidak berjaya menyelamatkan satu permainan dalam set tersebut.

Dzumhur mempamerkan kebangkitan dalam set berikutnya, apabila ketinggalan 2-0, dia berjaya menyamakan kedudukan 2-2 sebelum tunduk kepada Nadal.

Tahap keyakinan wakil Bosnia itu semakin meningkat dalam set ketiga dan hampir memberikan masalah buat Nadal.

Pengalaman yang dimiliki oleh pemenang Grand Slam 16 kali itu ternyata menjadi pemisah di antara mereka apabila wakil Sepanyol itu cemerlang meraih kemenangan untuk menempat diri ke pusingan seterusnya.



Sumber Terbuka Australia: Nadal cemerlang atasi Dzumhur

Post a Comment

Previous Post Next Post