Terowong dasar laut: SPRM serbu KOMTAR

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, menyerbu beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdu Razak (KOMTAR), yang mempunyai kaitan dengan projek pembinaan terowong dasar laut.

Turut diserbu dalam operasi sekitar jam 9 pagi itu adalah beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar negeri ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata serbuan itu dibuat bagi membantu siasatan kes berkaitan projek mega, yang akan menghubungkan Persiaran Gurney, di sini ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti dokumen yang dirampas dalam serbuan itu bagi memastikan siasatan lebih menyeluruh dapat dijalankan.

"Serbuan ini dibuat berdasarkan bukti baharu berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut yang dikemukakan kepada SPRM," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Difahamkan, SPRM menyerbu pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian di KOMTAR.

Selain itu, pejabat syarikat pemaju Ewin-Zenith Sdn Bhd, 555 Capital Sdn Bhd dan Konsortium Zenith di sekitar negeri ini.



Sumber Terowong dasar laut: SPRM serbu KOMTAR

Post a Comment

Previous Post Next Post