KUALA LUMPUR, 9 Jan — Pelakon Fathia Latiff meluahkan ada produksi tertentu sering mencari kesalahannya termasuk kerap lewat ke lokasi penggambaran.
Beliau turut menempelak produksi, tidak dinamakannya, yang menilai keburukan orang tetapi memejam mata pada sumbangan dan bakat yang diberikan.
“Nampak keburukan orang lain bukan main terer! Sumbangan, bakat, pencapaian dan kebaikan orang lain buat-buat buta,” coretnya dalam Twitter.
“Selepas itu, datang lambat sikit nak kecoh satu Malaysia. Seolah-olah kamu tidak pernah lambat. [Kalau] Nak cari kesalahan orang, laju saja.”
Pelakon filem wanita popular ABH 2015 itu turut membidas tindakan syarikat produksi yang didakwanya “teruk” ketika menjalankan tanggungjawab.
“Kalau buat kerja sempurna, tak apalah juga. Sebaliknya mereka buat kerja pun ‘cincai’ [sambil lewa]. Sempat lagi nak tuding jari.
“Kalau produksi yang dikenali tak kecoh, produksi kau yang lebih-lebih nampak ‘hauk’ [teruk]. Anda boleh mengenakan selebriti lain, tetapi bukan saya.”
“Nak tunggu cerita, watak dan skrip yang bagus, kena tunggu 18 tahun lagi agaknya,” katanya.
September lalu, Fathia dilapor digugurkan dari membintangi drama La Luna kerana masalah disiplin dan berpakaian tidak terurus ke set.
Sumber Fathia bidas produksi ‘cincai’, cari salah