Terowong P Pinang: Mengapa ada beza RM236 juta, soal BN

Pengerusi BN negeri menyoal tentang perbezaan dalam pembayaran kajian kebolehlaksanaan dan rekabentuk terperinci projek itu.

Teng-Chang-Yeow-1

GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan Pulau Pinang menjelaskan pembayaran yang dibuat untuk kajian projek terowong dasar laut dan jalan utama, selepas pemeriksaan di laman web kerajaan China menunjukkan jumlah berbeza.

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata menurut laman web itu, kerja kajian kebolehlaksanaan dan rekabentuk terperinci (FSDD) dilaporkan bernilai AS$22 juta (RM69.3 juta).

Katanya, berdasarkan maklumat pada laman web Suruhanjaya Pentadbiran dan Penyeliaan Aset China, kerajaan Pulau Pinang dan Syarikat Pembinaan Landasan Kereta Api China (CRCC) menandatangani perjanjian bernilai AS$22 juta pada 14 Oktober 2013.

Teng meminta kerajaan Pulau Pinang menjelaskan “perbezaan RM236 juta itu”.

“Bagaimanapun, laporan Jawatankuasa Akaun Awam Pulau Pinang dan jawapan kerajaan Pulau Pinang kepada perhimpunan DUN pada 19 Mei 2017 meletakkan nilai FSDD pada RM305 juta.

“Daripada RM305 juta itu, kerajaan negeri mengesahkan 2 bidang tanah bernilai RM208 juta ditukar sebagai bayaran untuk menyiapkan kajian 3 jalan utama itu.

“Persoalannya kini adalah perbezaan RM236 juta antara AS$22 juta atau yang dianggarkan iaitu RM69.3 juta seperti yang diumumkan oleh CRCC dan RM305 juta seperti yang diumumkan,” kata Teng kepada pemberita hari ini.

FMT sudah menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Lim Hock Seng untuk komen dan masih menunggu respon.

Projek prasarana RM6.3 bilion itu mengundang perhatian Barisan Nasional susulan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terowong dasar laut 7.2km itu akan menghubungkan Jalan Pangkor di George Town dan Bagan Ajam di Butterworth. Pembinaannya dijadualkan bermula 2023.

Kajian kebolehlaksanaan itu, yang menjadi pertikaian antara pemimpin BN dan pembangkang, sekarang ini 92% siap. Kerajaan Pulau Pinang berkata projek itu bukan keutamaan tinggi dan boleh dilaksanakan kemudian nanti, selepas 3 jalan utama siap dibina.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Terowong P Pinang: Mengapa ada beza RM236 juta, soal BN

Post a Comment

Previous Post Next Post