Tidak puas hati isu kerusi, Amanah akan guna ‘cara lain’

Salahuddin Ayub menyatakan sebarang rasa tidak puas hati terhadap pembahagian kerusi akan dibawa ke peringkat tertinggi Pakatan Harapan. — Foto oleh Saw Siow FengSalahuddin Ayub menyatakan sebarang rasa tidak puas hati terhadap pembahagian kerusi akan dibawa ke peringkat tertinggi Pakatan Harapan. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 9 Jan — Parti Amanah Negara akan menyelesaikan rasa tidak puas hati dalam isu kerusi PRU14 dengan “cara lain”.

Namun, timbalan presidennya, pada kenyataannya hari ini, merujuk isu tiada kerusi di Wilayah Persekutuan (WP), tidak menjelaskan maksudnya.

“Bagi yang tiada kerusi DUN seperti Wilayah Persekutuan, maka ketidakpuasan hati ini akan ditangani dengan cara lain,” kata Salahuddin Ayub.

Bekas naib presiden PAS itu menjawab rungutan Amanah Wilayah Persekutuan kerana tidak diperuntuk sebarang kerusi.

Pada Konvensyen Pakatan Harapan kelmarin, Amanah diberi 27 kerusi parlimen, paling sedikit berbanding tiga parti komponen lain.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat 52 kerusi, PKR (51 kerusi) dan DAP (35 kerusi), menyebabkan Amanah WP menyifatkannya sebagai “hari duka”.

Salahuddin berkata sebarang rasa tidak puas hati terhadap  pembahagian kerusi, akan dibawa ke peringkat tertinggi Pakatan Harapan.

“Kita ingin supaya keputusan-keputusan ini dapat diterima oleh seluruh ahli dan di setiap peringkat semua anggota parti,” katanya.

Beliau percaya rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat membantu menyelesaikan rasa tidak puas hati berhubung jumlah kerusi Parlimen.

Sebelum ini, Amanah Johor dilapor memboikot konvensyen Pakatan Harapan kerana tidak berpuas hati hanya mendapat dua daripada 26 kerusi parlimen di negeri itu.



Sumber Tidak puas hati isu kerusi, Amanah akan guna ‘cara lain’

Post a Comment

Previous Post Next Post