Vida Mahu Terbit Single Kedua

Vida Mahu Terbit Single Kedua

Datuk Seri Vida mahu hasilkan lagu balada. (Pic: Aishah Aziz)

I am Me menjadi single pertama yang membuatkan Datuk Seri Vida kini secara rasmi bergelar penyanyi. Lagu berkenaan juga banyak membawa nama usahawan selebriti ini menjadi bualan sepanjang tahun 2017.

Dari muzik dansanya yang catchy, lirik serta lenggok tari Vida sehingga klip videonya menjadi perhatian netizen malah sering diperdebatkan.

Mahu serius menyanyi.

Bagi empunya diri, semua itu memberikannya semangat untuk terus serius sebagai penyanyi meskipun mengakui sibuk dengan perniagaannya di bawah syarikat Vida Beauty.

"Saya terima semuanya dengan positif dan bagi saya bila orang perkatakan mengenai lagu kita ia adalah tanda lagu itu melekat di fikiran mereka.

Single kedua lagu balada.

"Tidak kisah apa juga yang mereka kata, yang penting mereka dengar," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Serius mengenai perkara ini pemilik nama sebenar Hasmiza Othman ini bakal muncul dengan single kedua tidak lama lagi.

Lebih menarik, single berkenaan bukan lagi berentak rancak, sebaliknya kali ini dengan genre Balada.

"Saya memang serius dan sudahpun mempunyai jenis muzik yang saya mahukan.

Pilih Hazami sebagai guru vokal.

"Saya akan berbincang lebih lanjut dan akan release dalam tahun ini juga," katanya teruja.

Tambah Vida, dia memilih finalis Gegar Vaganza 4, Hazami sebagai guru vokalnya dan akan meminta pendapat penyanyi itu mengenai lagu yang sesuai.

Mahu bina kompleks tahfiz.

"Saya pilih Hazami kerana saya suka dengan cara nyanyian dan dirinya yang sangat kreatif.

"Apapun nanti saya akan berbincang dengan Hazami dan saya maklumkan nanti," katanya.

Vida pada masa sama menambah, bakal membina sebuah kompleks tahfiz yang diberi nama Raudhatul Jannah DSV di Tanah Merah, Kelantan hasil jualan Pamoga.

Peruntukan hasil jualan produk.

"Saya akan peruntukkan RM50 hasil jualan setiap botol Pamoga untuk membina kompleks ini. Kita akan menggunakan sukatan pelajaran dari Arab Saudi dan projek pembinaan akan bermula Januari ini. Saya harap mendapat sokongan semua pihak dan doakan yang terbaik buat saya," katanya.



Sumber Vida Mahu Terbit Single Kedua

Post a Comment

Previous Post Next Post