Vokalis The Cranberries meninggal dunia

VOKALIS The Cranberries, Dolores O'Riordan meninggal dunia secara mengejut di sebuah hotel di London, semalam.

Dolores menghembuskan nafas terakhir pada usia 46 tahun.

Difahamkan, penyanyi kelahiran Ireland itu berada di sana untuk satu sesi rakaman muzik.

Sebelum ini, Dolores juga pernah didiagnosa mengalami gangguan bipolar sejak tahun 2015.

Ahli kumpulan The Cranberries, Noel dan Mike Hogan serta Fergal Lawler juga terkesan dengan pemergian Dolores.

“Kami sangat sedih dengar berita pemergiannya.

"Dia adalah penyanyi yang sangat berbakat dan sesuatu yang hebat apabila dapat bersama-sama dengannya sejak 1989.

"Dunia telah kehilangan satu artis berbakat hari ini,” katanya.

The Cranberries mencapai kejayaan antarabangsa pada tahun 90-an dengan album sulung, Everyone Else is Doing It, So Why Can not We?, yang merangkumi Linger.

Album susulan No Need to Argue menduduki carta nombor satu di Australia, Perancis dan Jerman serta nombor enam di Amerika Syarikat.

Ia merangkumi Zombie, yang menduduki carta nombor satu di seluruh Eropah. Kumpulan itu menjual sekitar 40 juta rekod di seluruh dunia.



Sumber Vokalis The Cranberries meninggal dunia

Post a Comment

Previous Post Next Post