Wall Street mendatar

NEW YORK: S&P 500 mendatar Rabu, manakala Nasdaq susut di tengah-tengah komen Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Wilbur Ross yang membayangkan, tindakan akan diambil terhadap China dalam perang perdagangan.

Ross di World Economic Forum di Davos berkata, pihak berkuasa perdagangan AS menyiasat sama ada terdapat kes untuk mengambil tindakan berhubung pelanggaran China dalam harta intelek.

Presiden Donald Trump dijadualkan berucap di Davos hari ini.

Dow Jones Industrial Average menokok 41.31 mata, atau 0.16 peratus, kepada 26,252.12.

S&P 500 susut 1.6 mata, atau 0.06 peratus, kepada 2,837.54.

Nasdaq Composite jatuh 45.23 mata, atau 0.61 peratus, kepada 7,415.06.

Sejumlah 7.63 bilion saham bertukar tangan. - Reuters



Sumber Wall Street mendatar

Post a Comment

Previous Post Next Post