Warga emas nyaris maut terperangkap dalam kebakaran

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas nyaris maut apabila terperangkap dalam kebakaran di sebuah bangunan menjual barangan elektrik di Jalan Dalam Kota, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.35 petang tadi, mangsa berusia 60 tahun yang juga ibu kepada pemilik kedai berkenaan berada di tingkat empat bangunan itu.

Ketua Zon Satu Bomba Terengganu, Penolong Penguasa Bomba Satu Wan Azmi Ahmad berkata pihak mengambil masa 30 saat untuk ke tempat kejadian memandangkan ia hanya berlaku berhadapan Balai Bomba Jalan Kota.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memadam kebakaran sebuah bangunan menjual barangan eletrik di Jalan Dalam Kota. - Foto Aslina Abu Bakar

"Operasi membabitkan Balai Jalan Kota dan Kuala Terengganu dengan keanggotaan 19 anggota dan 11 pegawai dengan dua jentera dan satu Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMERS).

"Ketika tiba di lokasi kami dapati tingkat dua dan tiga bangunan sudah pun terbakar, manakala seorang mangsa terperangkap ditingkat empat namun berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan yang baik," katanya.

Wan Azmi berkata, pihak bomba terpaksa menanggalkan papan iklan kerana sukar memasuki bangunan akibat barangan terlalu banyak di dalam kedai berkenaan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kebakaran yang berlaku itu disedari seorang pembantu kedai, Mohd Azizul Rosli, 26, yang mahu mengambil barang di premis terbabit sebelum melihat kepulan asap dari bangunan.



Sumber Warga emas nyaris maut terperangkap dalam kebakaran

Post a Comment

Previous Post Next Post