
PESHAWAR: Angka kematian akibat serangan bom nekad di kem tentera di barat laut Pakistan semalam meningkat kepada 11, kata tentera.
Seorang pegawai adalah antara yang maut dalam serangan itu, yang turut mencederakan 13 lagi.
Taliban Pakistan mendakwa melancarkan serangan itu menerusi emel kepada wartawan.
Penyerang mensasarkan kawasan sukan unit tentera di daerah Kabal di Lembah Swat, kata sayap media tentera dalam kenyataan. - AFP
Sumber 11 anggota tentera Pakistan maut serangan bom nekad
Tags:
bplus