Kejohanan peringkat antarabangsa 'ONE: Visions of Victory' itu akan berlangsung pada 9 Mac di Stadium Axiata, Bukit Jalil.
Agilan Thani, 22 tahun, dengan gelaran 'Alligator' adalah antara pemain pilihan kategori
'welterweight' yang bakal bertarung dalam acara kedua utama dan menjadi antara tumpuan kejohanan kali ini.
Seorang lagi petarung pilihan negara, Gianni Subba, turut disenaraikan dalam kejohanan tersebut.
Petarung 'flyweight' berusia 25 tahun itu meluangkan masa mengasah bakatnya bersama rakan sepasukan lain Bali MMA, Indonesia, dan akan bertemu petarung Filipina, Danny Kingad.
Tidak ketinggalan, atlet MMA wanita termuda Malaysia, Hayatun Najihin yang baru sahaja berumur 18 tahun akan membuat persembahan sulungnya di pentas ONE Championship.
Bekas juara Malaysian Invasion (MIMMA) musim keempat itu akan berdepan Puja Tomar dari India.
Sementara itu, dia lagi atlet negara, 'Jungle Cat' Muhammad Aiman, 23 tahun bakal bertemu pesaingnya Burn Soriano dari Filipina.
Manakala peserta terakhir dari Malaysia ialah Hisyam 'Zephyrus' Samsudin bakal berhadapan Jerome S. Paye dari Indonesia.
Sumber 5 jaguh MMA negara bakal bertarung di ONE Championship KL