Bomba periksa 72 premis di 3 daerah

TAIPING: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memeriksa 72 premis di daerah Larut Matang dan Selama (LMS), Hulu Perak dan Kerian, sejak Januari lalu bagi menghapus bahaya kebakaran.

Ketua Bomba Zon 2 Perak, Mohamad Yusoff Abdul Rahman, berkata premis berkenaan membabitkan bangunan pasar raya, hotel dan kilang.

Katanya, pemeriksaan rapi itu dilakukan bagi memastikan laluan utama di premis terbabit selamat dan tidak terhalang ketika berlaku kecemasan.

"Hotel, restoran, dewan perhimpunan dan pusat beli-belah pasti akan diubah suai bagi menyediakan kemudahan kepada orang ramai ketika musim perayaan.

"Jadi, dalam keadaan seperti ini, keadaan akan lebih berbahaya jika berlaku kecemasan seperti kebakaran," katanya yang ditemui ketika membuat pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kes kecemasan termasuk kemalangan dan kebakaran sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina.



Sumber Bomba periksa 72 premis di 3 daerah

Post a Comment

Previous Post Next Post