Inilah nasib gadis yang menampar askar Israel…

PERBICARAAN seorang remaja perempuan Palestin yang didakwa menampar dua askar Israel di Tebing Barat, bermula hari ini dan dijalankan secara tertutup.

Hakim mengarahkan wartawan meninggalkan mahkamah apabila memutuskan perbicaraan terbuka tidak melindungi kepentingan Ahed Tamimi, 17, yang dibicarakan sebagai juvana.

Hanya ahli keluarga dibenarkan berada di mahkamah manakala beberapa diplomat yang hadir sebagai pemerhati turut diarahkan keluar.

Inilah nasib gadis yang menampar askar Israel...

Inilah nasib gadis yang menampar askar Israel…

Sekumpulan besar wartawan hadir untuk mengikuti perbicaraan Ahed selepas kes itu mendapat tumpuan antarabangsa.

Perbicaraan di mahkamah tentera untuk tertuduh yang di bawah umur biasanya dijalankan secara tertutup tetapi peguam Ahed berkata, prosiding sebelum ini dibuat secara terbuka dan Ahed menggesa ia dikekalkan seperti itu.

“Mereka faham bahawa orang ramai di luar mahkamah berminat dengan kes Ahed dan mereka faham hak gadis ini dicabuli dan perbicaraan ini adalah sesuatu tidak harus berlaku.

“Jadi cara untuk mengelak daripada pandangan mata semua orang adalah dijalankan secara tertutup dan tidak membenarkan orang di luar mahkamah mendengar perbicaraan ini,” kata peguam Ahed, Gaby Lasky selepas gagal membantah keputusan hakim untuk menjalankan perbicaraan tertutup.

Ahed menjadi simbol penentangan penduduk Palestin terhadap penjajahan Israel selepas satu rakaman video menunjukkan dia menyerang dan menampar dua askar rejim Zionis tular di media sosial.

Gadis itu didakwa dengan 12 tuduhan termasuk menyerang dan berdepan hukuman penjara yang panjang sekiranya didapati bersalah.

Tuduhan itu berkaitan kejadian dalam video berkenaan dan lima lagi insiden termasuk membaling batu, menghasut dan membuat ancaman.

Sumber: Metro



Sumber Inilah nasib gadis yang menampar askar Israel…

Post a Comment

Previous Post Next Post