KUALA LUMPUR, 22 Feb — Seorang remaja 13 tahun dipaksa menghisap syabu sebelum dirogol bergilir-gilir ketika dikurung beberapa jam di sebuah hotel di sini.
Mangsa, mencari rakannya yang lari rumah di sebuah hotel, dipaksa seorang lelaki mengikutnya ke bilik sebuah hotel berdekatan, lapor Harian Metro.
“Mangsa dipaksa menghisap syabu sehingga tidak sedarkan diri dan beberapa jam kemudian dia menyedari sudah tidak berpakaian,” kata sumber kepada akhbar itu.
Remaja itu, sekali lagi dipaksa menghisap syabu, kemudian dirogol lelaki lain yang dipercayai membayar suspek untuk mendapatkan seks.
Mangsa dibawa kembali ke hotel rakannya, sebenarnya dikurung bersama gadis lain untuk perkhidmatan seks, sebelum kenalannya merempuh pintu dan menyelamatkan mereka.
Mengesahkan penerimaan laporan, ketua polis daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata kes itu dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Akhbar itu bagaimanapun tidak menyebut tarikh dan masa kejadian.
Sumber Dipaksa hisap syabu, gadis 13 tahun dirogol bergilir