Jika perkara ini benar, maka Hafizh bukan sahaja mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama membuat penampilan dalam MotoGP, tetapi juga warga rantau Asia Tenggara yang pertama dan dia bakal beraksi di samping Johann Zarco.
Tetapi, setakat ini hanyalah desas-desus dan ia berpunca apabila pelumba asal, Jonas Folger didapati menghidap penyakit “Sindrom Gilbert”, yang berkaitan dengan masalah hati sehingga menyaksikan dia terpaksa menarik diri untuk musim 2018.Dalam sesi ujian musim sejuk di Litar Antarabangsa Sepang tempohari menyaksikan pasukan Yamaha Tech 3 menggunakan khidmat pelumba kelahiran Colombia, Yonny Hernandez, namun Hernandez tidak mungkin dapat beraksi bersama Tech 3 dalam saingan MotoGP memandangkan mempunyai kontrak bersama Pedercini Kawasaki dalam saingan Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK).
Dan daripada situlah nama Hafizh muncul dalam radar bos pasukan Tech 3, Herve Poncharal, meskipun pada awalnya Poncharal sahkan Hafizh bukanlah dalam senarai pendek pasukannya.
Hafizh kini sedang mempersiapkan dirinya di Sepanyol dalam menghadapi musim baru Moto2 bersama pasukan SIC Racing.
Tahun 2017 menyaksikan Hafizh menamatkan saingan Moto2 dalam kelompok 10 terbaik dan berjaya menaiki podium dua kali di GP Misano dan GP Jepun.
Sumber Hafizh Syahrin pelumba Asia Tenggara pertama beraksi dalam MotoGP?