“Helena Rezeki Saya Yang Terbesar” – Hael Husaini

“Helena Rezeki Saya Yang Terbesar” – Hael Husaini

Percaya dengan rezeki anak. (Pic: Azrul Rafie)

Komposer dan penyanyi lagu Jampi, Hael Husaini yang meraih trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 tidak menganggap kemenangannya itu sebagai tiket menaikkan kadar bayaran seperti yang disangkakan ramai pihak.

Hael atau nama penuhnya, Hal Husaini Razmi, berkata, ada perkara lain yang harus diberi fokus selain bersikap demanding seperti itu.

Berkolaborasi.

"Tak terfikir pun nak naikkan harga kerana fokus saya selepas ini adalah untuk mengembangkan lagi nama saya. Saya baru saja selesai proses rakaman lagu untuk Ayda Jebat dan Siti Nordiana dan Insya-Allah, jika segala-galanya berjalan dengan lancar, saya akan berkolaborasi dengan penyanyi nombor satu, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Insya-Allah, akan ada satu projek khas bersama penyanyi popular itu. Perancangannya dalam tahun ini juga cuma saya tak boleh nak cerita dengan lebih lanjut. Kena tunggu," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Perbaiki diri.

Pada sidang media usai acara anugerah itu berakhir, Ketua Juri, Azmeer memberitahu nyanyian Hael pada malam final itu agak ‘tergelincir’. Apakah dia akan mengambil teguran itu secara serius dan mencari ruang memperbaiki diri ataupun melupakan terus impiannya untuk menjadi penyanyi dan fokus kepada bidang penciptaan lagu.

Mahu fokus nyanyian dan penciptaan lagu.

“Sejujurnya impaian saya sebelum ini memang nak jadi penyanyi tetapi bertemu dengan sahabat saya, Ezra Kong membuka langkah untuk saya menjadi seorang komposer. Saya akan ambil teguran Azmeer itu untuk memperbaiki nyanyian saya dan pada masa sama terus aktif dalam bidang penciptaan lagu.

Mengulas komen netizen yang mengatakan dirinya tidak mampu menyanyi secara live dengan baik, Hael menyangkal dakwaan itu.

Tak semua persembahan dapat buat perfect.

“Sebagai penyanyi ada ketika kita penat, tidak stabil dan situasi sedikit sebanyak menganggu nyanyian. Kalau dia sentiasa menyanyi dengan baik, itu robot namanya. Alhamdulillah, berkat doa mereka, walaupun nyanyian saya ada kelemahan tetapi saya dapat menyampaikannya dengan baik,” tegasnya.

Rezeki Helena.

Dalam perkembangan berkaitan, Hael menyifatkan kemenangannya sebagai menumpang rezeki anak angkat, Nur Helena. Kata jejaka berusia 29 tahun ini, sejak kehadiran Helena yang dipelihara sejak Mei tahun lalu, rezekinya dalam bidang seni mencurah-curah.

"Helena adalah rezeki terbesar saya. Diakui sejak dia hadir dalam hidup saya., rezeki semakin murah. Kemenangan saya pada AJL 32 saya tujukan kepadanya.

Gembira pikul tanggungjawab seorang bapa.

"Walaupun pada awalnya saya agak bimbang untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa, tapi saya tetap mencuba memberikan yang terbaik. Sekarang saya tak boleh bayangkan hidup ini tanpa dirinya," kata Hael.

Barisan pemenang AJL32.

Pada malam kemuncak AJL32, Jampi ciptaan bersama Hael dan Ezra Kong, menewaskan 11 lagu lain. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, sebuah trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.



Sumber “Helena Rezeki Saya Yang Terbesar” – Hael Husaini

Post a Comment

Previous Post Next Post