Kebanyakan wanita mengalami masalah rambut gugur dan sering kali mencuba pelbagai produk untuk merawat. Namun adakah keguguran rambut ini serius atau normal?
Keguguran rambut boleh berlaku ketika wanita itu sedang hamil atau selepas berhenti mengambil ubat perancang keluarga, dan kepada wanita yang mengalami tekanan.
Ia juga adalah salah satu tanda dimana tubuh wanita itu mengeluarkan hormon lelaki dengan jumlah yang banyak serta menyebabkan masalah-masalah lain seperti obesiti, jerawat dah haid yang tidak teratur.
Oleh itu, wanita yang mengalami masalah ini harus berjumpa dengan doktor untuk langkah-langkah pencegahan dan para suami dinasihati agar turut memahami situasi yang dilalui isteri kerana rambut adalah mahkota bagi wanita.
Perkongsian daripada Abu Hurairah Asifa ini menerangkan penyebab keguguran rambut yang dialami wanita serta tugas suami sebagai sistem sokongan untuk membantu mereka melalui proses peralihan fizikal ini. Semoga takde la nanti ada suami yang bising rambut bersepah dalam rumah.
Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai.
Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai.
Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.
Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai.
Itu rambut isteri kita.
Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?
1. Tekanan.
Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.
2. Hormon yang tidak stabil.
Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.
3. Pengambilan Ubat-ubat yang tertentu.
Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.
4. Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.
Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.
5. Produk rambut
Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.
Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.
Kita nak semuanya baik kan?
InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.
Mereka mahkluk paling penat!
Berilah sedikit masa untuk mereka rehat.
Sumber: SK
Sumber “Kalau mandi nampak rambut berselerak, jangan takut, bukan rambut hantu, tu isteri kita punya”