Siti Zalina harap tuah bumi kanggaru

KUALA LUMPUR: Pemain boling padang negara, Siti Zalina Ahmad berharap bumi Australia akan terus membawa tuah kepadanya dirinya menjelang Sukan Komanwel di Gold Coast pada April nanti.

Jelasnya, sepanjang bergelar atlet negara, banyak pencapaian cemerlang dan positif dalam kariernya dicapai di bumi kanggaru itu.

"Australia umpama rumah kedua kami sebagai pemain boling padang. Banyak kenangan manis di negara itu. Saya pernah menang emas Sukan Komanwel 2006, Terbuka Australia selain keputusan perlawanan ujian yang sentiasa positif.

"Jadi saya mengharapkan ia berterusan pada Sukan Komanwel kali ini," jelasnya.

Siti Zalina antara lima atlet wanita terpilih menggalas cabaran negara bersama-sama Emma Firyana Siroji, Azlina Arshad, Nur Fidrah Noh dan Auni Fathiah Khamis selain lima pemain lelaki.

"Saya masih belum mengetahui acara yang bakal disertai namun sebagai atlet, sudah bersedia disenaraikan dan mengikut arahan jurulatih," katanya.

Ketua jurulatih Simon Botha meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya membawa pulang sebutir pingat emas dengan persiapan lebih rapi dijalankan kali ini.



Sumber Siti Zalina harap tuah bumi kanggaru

Post a Comment

Previous Post Next Post