Replika motosikal bersaiz sebenar hasil ciptaan rakyat tempatan. (Gambar: Deva)
Namun, jika Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pastinya kenderaan antara yang diminati baginda.
Lihat saja koleksi kenderaan baginda ketika melakukan Kembara Mahkota Johor. Siapa boleh lupa trak 'Mack' paling mahal di dunia itu.
KOLEKSI UNIK REPLIKA HARLEY-DAVIDSON
Sultan Ibrahim sebelum ini menerima kenderaan ‘Flintstones’ yang boleh dikatakan amat unik dan jarang dilihat di dunia.
Terbaru, Sultan Ibrahim sekali lagi menambah koleksinya dengan menerima sebuah replika ukuran sebenar model motosikal mewah, Harley-Davidson.
Menariknya, replika ini dihasilkan oleh rakyat jelata yang dikenali sebagai S. Deva.
Replika motosikal dihasilkan berdasarkan idea serta imaginasi Deva dengan dibantu oleh rakannya Vijay yang juga pemilik syarikat Kumpulan Bergamo yang mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam industri perkayuan.
Difahamkan, ilham menghasilkan replika itu selepas melihat pelbagai koleksi motosikal baginda termasuk jenama Harley-Davidson buatan Amerika Syarikat.
Selain itu peluang mengikuti acara tahunan Kembara Mahkota Johor sejak lima tahun lalu memberi inspirasi kepadanya untuk menghadiahkan sebuah replika ukuran sebenar Harley-Davidson kepada baginda.
DIPERBUAT DARIPADA KAYU INDONESIA
Replika yang diukir sepenuhnya menggunakan kayu yang diimport dari Indonesia dan seberat 500 kilogram itu mengambil masa selama hampir enam bulan untuk disiapkan.
Replika model Harley-Davidson itu dipersembahkan oleh Deva kepada Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, kelmarin.
Berita gembira itu turut dikongsikan Deva di laman Facebook.
Sumber Kejutan 'Harley-Davidson' Buat Sultan Johor Daripada Rakyat Jelata