Kali ini penyanyi Rap Amerika itu dituduh mencuri hasil karya lukisan yang ditampilkan dalam video muzik runut filem Black Panther.
Laporan New York Times menyebut, artis visual, Lina Iris Viktor mendakwa Kendrick Lamar telah melakukan kekeliruan ke atas lukisan yang ditampilkan di dalam video muzik bertajuk All the Stars.
Penguam bela Lina iaitu Christoper Robinson membuat berkata, anak guamnya telah mengirim surat kepada pengurusan Top Dawg Entertainment, label yang menaungi Kendrick Lamar.
Dalam surat tersebut menyatakan penyanyi terbabit telah melanggar undang-undang dengan menampilkan sebuah karya visual berasaskan bahan emas 24 karat yang dikenali sebagai 'Constellation' tanpa izin.
Sebelumnya, Lina Iris mengaku telah dihubungi oleh pihak Kendrick Lamar untuk meminta izin karyanya dimasukkan ke dalam video musik tersebut. Namun dia menolak.
"Mengapa mereka melakukan ini? Ini adalah isu etis kerana tujuan filem adalah penguatan kaum kulit hitam, keunggulan Afrika. Itu konsep seluruh kisahnya. Di saat yang sama, mereka mencuri (karya) seniman-seniman Afrika," dakwa Lina Iris.
..
Visual mirip karya seni Lina Iris dipaparkan dalam video tersebut pada durasi minit-minit terakhir atau lebih tepat pada potongan yang ke 2:59 saat.
Muzik video yang dilancarkan sejak 6 Februari itu telah mendapat lebih 11 juta tontonan di YouTube.
Sumber Kendrick Lamar Dituduh Curi Lukisan Seniman Afrika