Kes Dadah: Harap Dua Artis Beri Kerjasama

Menerusi laporan Harian Metro, seorang daripada penyanyi dikenali sebagai Osh dari kumpulan nasyid Firdaus sudah dapat dihubungi menerusi peguamnya yang memaklumkan akan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi dirakamkan percakapan berhubung laporan dibuat Datuk Farid Kamil, 31 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, hanya penyanyi berkenaan menerusi peguamnya memberi maklum balas positif dan seorang lagi penyanyi iaitu Taj dari kumpulan Innuendo masih gagal dihubungi.

Katanya, menerusi percakapan dengan peguam mewakili Osh, artis itu akan datang dalam waktu terdekat.

"Setakat petang ini, hanya Osh sahaja yang dapat dihubungi menerusi percakapan dengan peguamnya.

"Manakala seorang lagi artis masih gagal dihubungi," katanya.

Bagaimanapun, Fadzil berkata, pihaknya berharap agar Osh serta peguamnya dapat menunaikan janjinya itu dan tidak berdolak-dalih.

"Diharapkan individu berkenaan termasuk yang tidak dihubungi itu dapat menghadirkan diri bagi memberi keterangan berhubung kes itu dalam masa terdekat," katanya.

Kelmarin, pada 11 malam, pelakon Sofi Jikan ditahan polis selepas positif mengambil dadah jenis ganja sebaik selesai memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan Datuk Farid Kamil.

Malah, semalam pelakon itu direman selama tiga hari bermula semalam berhubung kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.



Sumber Kes Dadah: Harap Dua Artis Beri Kerjasama

Post a Comment

Previous Post Next Post