Laman web BH tarik 41.06 juta pelayar

KUALA LUMPUR: Laman web BH (www.bharian.com.my) dan Harian Metro (www.hmetro.com.my) terus mengungguli carta pilihan portal berita di Malaysia untuk 2017 menerusi kategori berita dan maklumat.

Menurut statistik terbaru dikeluarkan firma pengukur dunia digital, ComScore Inc, laman web rasmi BH merekodkan seramai 41.06 juta pelayar unik (UV) sepanjang tahun lalu merangkumi pelayar yang mengunjungi laman web menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet. HM kekal di tangga teratas dengan 48.1 juta UV bagi tempoh sama.

Untuk suku keempat, Oktober hingga Disember, HM unggul di tempat pertama dengan mencatatkan seramai 12.9 juta UV.

Pada suku ketiga tahun lalu, laman web HM mencatatkan seramai 13.1 juta pelayar unik sepanjang tiga bulan antara Julai hingga September, menerajui carta pertama.

Jumlah itu meningkat berbanding 12.2 juta UV yang dicatatkan pada suku kedua 2017.

Untuk suku pertama pula, HM mencatatkan seramai 10.1 juta UV.

Selain itu, bagi segmen video HM, MetroTV yang kini mempunyai lebih 126,381 pengikut di YouTube mencatat lebih 43.7 juta tontonan setakat ini.

Untuk laman sosial, peminat Facebook (FB) myMetro kini mencatatkan lebih 4.672 juta 'likes' manakala Twitter rasmi HM kini diikuti lebih 806,000 pengikut.

Sementara itu, The Star (www.thestar.com.my) mencatatkan 38.4 juta UV; Sinar Harian (www.sinarharian.com.my) 36.9 juta UV dan Malaysia Kini (www.malaysiakini.com), 33.07 juta UV.



Sumber Laman web BH tarik 41.06 juta pelayar

Post a Comment

Previous Post Next Post