Lelaki liwat, cabul anak kekasih

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mencabul dan meliwat dua anak perempuan kekasihnya, masing-masing berusia 14 serta 17 tahun, di sebuah rumah di di Setapak Jaya, di sini, sejak sebulan lalu.

Difahamkan, perbuatan yang mengakibatkan dua gadis terbabit trauma itu diketahui ibu mereka, yang bersekedudukan dengan suspek berkenaan sejak setahun lalu tanpa ikatan sah.

Lebih buruk lagi, wanita berusia lingkungan 30 an itu turut menunjukkan contoh tidak baik kepada anaknya apabila tinggal bersekedudukan dengan suspek berkenaan sejak setahun lalu tanpa ikatan sah.

Sumber polis memberitahu, kedua-dua mangsa yang masih bersekolah itu tinggal di rumah berkenaan selepas ibu dan bapa mereka bercerai sejak beberapa tahun lalu.

"Suspek kebiasaannya akan mengambil kesempatan mencabul dan meliwat mangsa apabila ibu mereka yang berusia lingkungan 30an itu keluar bekerja atau tiada di rumah.

"Tindakan tidak bermoral itu berlaku berulang kali, namun suspek berusia lingkungan 30an memberi amaran akan mencederakan mereka jika perkara terbabit terbongkar," katanya.

Tambah sumber polis, mangsa juga pernah dipukul oleh suspek beberapa bulan lalu hingga cedera dan pernah melaporkan kejadian kepada polis.

"Namun, suspek tetap mengulangi perbuatan berkenaan sehinggalah mangsa yang tidak tahan diperlakukan demikian memberitahu bapa saudaranya untuk tindakan lanjut.

"Bapa saudaranya terus membuat laporan polis berkaitan kejadian terbabit dan menyelamatkan mangsa bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

Mengikut maklumat awal, mangsa pernah menceritakan perbuatan suspek kepada ibunya namun wanita berkenaan tidak mempercayai dan menganggap anaknya mereka cerita sahaja.

"Berikutan itu, polis sudah menahan suspek untuk tindakan lanjut manakala mangsa dihantar ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan," katanya.



Sumber Lelaki liwat, cabul anak kekasih

Post a Comment

Previous Post Next Post