Padam foto suami, Amelia elak campur hal kerjaya

Pelakon Amelia Henderson memadam foto bersama suami dalam Instagram untuk menjaga privasi dan kedudukan suaminya. — Foto ihsan Instagram/AmeliathPelakon Amelia Henderson memadam foto bersama suami dalam Instagram untuk menjaga privasi dan kedudukan suaminya. — Foto ihsan Instagram/AmeliathKUALA LUMPUR, 2 Feb — Pelakon Amelia Henderson memadam gambar bersama suami di Instagram kerana tidak selesa hal peribadi dan kerjaya bercampur.

Genap tiga tahun berkahwin Ogos ini, Amelia, 22 tahun, masih bersama suami dan tidak ada perceraian berlaku, lapor Berita Harian.

“Jika diikutkan, sebelum berkahwin lagi sudah ada pelbagai gosip ditimbulkan. Apatah lagi selepas berkahwin.

“Dengan status suami, saya mahu dirinya dihormati. Saya perlu menjaga privasi dan kedudukannya juga. Saya sendiri bangga menjadi isterinya,” katanya.

Wanita kacukan India-Scotland itu menafikan perkahwinan mereka goyah walau tindakannya termasuk tidak mengikuti akaun sosial suaminya, mencetuskan kontroversi.

Pelakon Keluarga Pontimau berkahwin pada 14 Ogos 2015 dengan Tunku Harunnarasheed, anak kepada Tunku Bendahara Kedah.



Sumber Padam foto suami, Amelia elak campur hal kerjaya

Post a Comment

Previous Post Next Post