SANDAKAN, 2 Feb — Seorang wanita rentung selepas kereta dinaikinya terbakar dalam kemalangan di Batu 9 Jalan Labuk dekat sini awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata mangsa yang berusia lingkungan 30-an merupakan penumpang kereta terbabit.
Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 4.20 pagi membabitkan sebuah kereta yang terbabas lalu merempuh sebuah rumah tidak berpenghuni di tepi jalan berkenaan berhampiran Wisma Yun Cheong Loong.
Lelaki berusia 30 tahun yang memandu kereta itu dipercayai berjaya keluar dari kereta manakala mangsa terperangkap di dalam kenderaan itu.
Enam anggota bomba diketuai Arshad Kadir berjaya mengawal dan memadam api sepenuhnya pada pukul 5.04 pagi. — Bernama
Sumber Kereta terbabas rempuh rumah kosong, wanita rentung
Tags:
PMMO