Perancangan itu dibuat Aleesya bersama teman baiknya, Elina, yang mahu melelong barangan peribadi mereka menerusi laman sosial Instagram dan Facebook bermula Ahad ini.
Aleesya dan Elina, menerusi poster dilukis sendiri dan dimuatkan di dalam laman sosial terbabit sudah mula mempromosikan lelongan amal yang akan dilakukan.
Sewaktu dihubungi hari ini, Erra berkata, sebenarnya idea tercetus apabila dia dan juga ibu Elina tidak berkesempatan membawa anak mereka menziarahi rumah anak yatim dan mereka yang memerlukan.
“Kami berasakan biarlah anak-anak ini bertatih dengan konsep kebajikan dan membantu mereka memerlukan. Barang mereka juga banyak jadi kita memberikan idea ‘apa kata’ ianya dijual dan hasil kutipan sedekahkan kepada mereka memerlukan,” katanya yang dipanggil Mom oleh anaknya itu.
Sebaik saja idea itu diberikan Erra, Aleesya dan temannya sangat teruja dan bersungguh-sungguh mengumpul barangan seperti buku, pakaian dan koleksi permainan mereka untuk dijual pada hari lelongan itu nanti.
Tambah Erra lagi, selain memberikan pendedahan mengenai perlaksanaan kerja amal dan kebajikan dalam waktu sama apa yang diusahakan itu mampu membantu perkembangan minda mereka.
“Lagipun anak-anak zaman sekarang pengetahuan mereka luas. Bayangkan dalam usia lapan dan sembilan tahun, mereka sudah tahu blog, menulis cerita dan pelbagai lagi yang meningkatkan pengetahuan.
“Usaha pertama mahu dilaksanakan itu sebenarnya ujian baru buat saya dan ibu Elina. Kami tidak tahu bagaimana penerimaan masyarakat dan kita tunggu Ahad ini,” katanya.
Untuk permulaan, beberapa barang dilelong akan dijadikan percubaan melihat cara ia sepatutnya dilaksanakan.
“Sekiranya percubaan Ahad ini berjaya, kami merancang melakukannya secara berterusan. Selepas itu baru kita fikir kepada siapa wang kutipan itu akan disalurkan,” katanya.
Sumber Sejuk hati 'Mom' macam ni...