Perkara itu disahkan abang iparnya, Sanjay Kapoor.
"Memang benar, Sridevi meninggal dunia. Saya baru mendarat di sini (India). Saya berada di Dubai sebelum ini dan sekarang saya akan terbang kembali ke sana," kata Sanjay seperti dipetik laman web Indian Express.
Aktres dengan nama sebenar Shree Amma Yanger Ayyapan itu mengalami serangan jantung ketika menghadiri majlis perkahwinan keluarga di Emiriah Arab Bersatu.
Suaminya, Boney Kapoor, dan anaknya, Khushi, dilaporkan berada di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir.Sridevi memulakan karier gemilangnya ketika berumur empat tahun dengan memegang peranan dalam filem Tamil, Thunaivan.
Dia kemudian mengembangkan kariernya dan membintangi lebih dari 150 buah filem yang turut dihasilkan dalam pelbagai dialek seperti Hindi, Telugu, Malaylam dan Kannada.
Dalam tempoh lima dekad penglibatannya, Sridevi pernah menerima pelbagai anugerah, termasuk Filmfare Award for Best Actress.
Antara filem yang melonjakkan namanya adalah Mr India pada tahun 1987, Nagina (1986), Gumrah (1993).
Pelakon serba boleh itu berehat sebentar dari industri filem selepas Judaai pada 1997.
Dia kemudiannya membuat kemunculan semula pada 2012 melalui filem English Vinglish.
Pada 2013, kerajaan India menganugerahkannya dengan Padma Shri - penghormatan keempat tertinggi untuk orang awam.
Pemergiannya menerima reaksi ramai peminat dan rakan pelakon yang turut bersedih.
Pemimpin India Narendra Modi turut menzahirkan ucapan takziah.
Sumber Sridevi meninggal dunia akibat serangan jantung