Tidak sekadar itu, penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati ini dikatakan ‘over’ dan cuba menarik perhatian ramai.
Nabila bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menganggap apa yang diperkatakan itu hanyalah sekadar pandangan netizen semata-mata.
“Tangisan itu adalah untuk kejayaan sahabat saya, Hael berjaya meraih pencapaian luar biasa pada malam itu.
“Kami dah kenal lama dan saya tahu bagaimana dia bekerja keras untuk memajukan dirinya dalam industri.
“Jadi bila lagu Jampi diumumkan sebagai pemenang, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira sehingga menitiskan air mata,” jelasnya.
Menurut Nabila lagi, sebenarnya bukan dia sahaja yang menangis kegembiraan pada malam itu, tetapi juga rakan-rakan Hael yang lain, termasuk Indah Ruhaila.
“Ramai yang menitiskan air mata sebaik saja Hael diumumkan sebagai pemenang, termasuklah Indah, namun orang hanya nampak saya kerana kebetulan kamera dihalakan ke arah saya.
“Saya sendiri tidak perasan aksi itu dirakamkan kerana terlalu fokus kepada apa yang berlaku di atas pentas.
“Bangga dengan Hael yang dapat pengiktirafan sebegitu meskipun ini merupakan penyertaan pertamanya di AJL,” kata Nabila lagi.
Mengulas tentang anggapan peminat yang mengatakan dia memberikan reaksi sebegitu kerana mempunyai hubungan yang istimewa dengan komposer lagu Pematah Hati itu, Nabila terus ketawa.
“Bila baca komen netizen yang macam-macam tu, buat saya ketawa sendiri. Sampai macam tu mereka fikir.
“Soal kamera asyik fokus kepada saya ketika itu, saya sendiri pun tidak tahu kenapa.
“Mungkin kerana sebelum itu pengacaranya, Sherry AlHadad dan Alif ada menyanyikan lagu saya, yang merupakan ciptaan Hael. Jadi sebab itulah kamera fokus ke arah saya,” ujarnya kepada Sinar Harian.
Sumber Tangisan untuk sahabat: Nabila Razali