Terkena bilah pisau pemotong rumput, pelajar sekolah maut

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat, dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.

mesin-rumput-gemasGEMAS: Seorang pelajar perempuan maut manakala 2 lagi pelajar lelaki cedera akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa dikenali, Nur Afini Roslan, 14, pelajar Tingkatan 2, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Nur Afini maut selepas kepalanya terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang sedang memesin rumput di padang sekolah itu. Manakala 2 lain yang cedera ialah Abdullah Hazlan, 14, Tingkatan 2 dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, Tingkatan 1.

“Abdullah cedera di bahagian telinga kanan, sementara Mohd Farhan Reza cedera di bahagian belakang kepala. Mereka yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat, dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.

Hamazah berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa berada di padang sekolah itu ketika pemandu traktor menjalankan kerja memesin rumput di padang sekolah itu.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Terkena bilah pisau pemotong rumput, pelajar sekolah maut

Post a Comment

Previous Post Next Post