Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor ditangguh

JOHOR BAHRU: Sambutan ulang tahun Hari Keputeraan rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 23 Mac ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Rahim Ramli, berkata bagaimanapun hari kelepasan am pada hari terbabit dikekalkan.

"Jumaah Majlis Diraja Johor menjunjung titah Sultan Johor, berkenan bahawa sambutan ulang tahun Hari Keputeraan rasmi baginda pada Jumaat 23 Mac ini adalah ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Sumber Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor ditangguh

Post a Comment

Previous Post Next Post