Tiada bakat, Aliff Syukri jangan kacau dunia artis

Paparan skrin menunjukkan lakonan Datuk Seri Aliff Syukri dalam filem Badang. — Foto ihsan Instagram/Aliff Syukri Terlajak LarisPaparan skrin menunjukkan lakonan Datuk Seri Aliff Syukri dalam filem Badang. — Foto ihsan Instagram/Aliff Syukri Terlajak LarisKUALA LUMPUR, 22 Feb — Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dikecam penggiat seni kerana pengasas D'Herbs itu tidak berbakat dalam lakonan.

Mengulas "Badang," filem pertama usahawan tersebut, pelakon Amyza Aznan berkata Aliff tidak layak bergelar pelakon.

"Aku benci orang berduit kaya raya ni menggunakan platform seni untuk empayar bisnes dia orang. Ini tempat kami cari makan.

"Bisnes kami, dia tidak layak sebab tiada bakat langsung," komen Amyza di Facebook pengarah drama Shahrulezad Mohameddin.

Shahrulezad, terlibat dalam industri seni sejak 20 tahun, mengulas keluhan Aliff dengan menyatakan komen negatif penonton sebagai lumrah.

Dikritik ramai, Aliff mendakwa mutu filemnya lebih bagus berbanding filem Hollywood adiwira komik Marvel "Black Panther" yang baru ditayangkan di pawagam.

"Badang," ditayang sejak 15 Februari lalu, turut dilakonkan Fasha Sandha, Fauzi Nawawi dan Azhari Zain.



Sumber Tiada bakat, Aliff Syukri jangan kacau dunia artis

Post a Comment

Previous Post Next Post