Sebat 10 kali bukan cerita rekaan, Ameng cakap benar

Penyanyi Ameng Spring mencerita pengalamannya dalam penjara tanpa sebarang tokok tambah. — Foto ihsan Instagram/Ameng Spring OfficialPenyanyi Ameng Spring mencerita pengalamannya dalam penjara tanpa sebarang tokok tambah. — Foto ihsan Instagram/Ameng Spring OfficialKUALA LUMPUR, 22 Feb — Penyanyi Ameng menafikan dirinya sengaja mereka-reka cerita pengalamannya dalam penjara kira-kira lima tahun.

Vokalis Spring itu berkata kesakitannya disebat 10 kali tanpa diberi rawatan adalah benar, lapor Harian Metro.

“Saya kena 10 sebatan satu sesi dan sakitnya tidak tertahan. Orang yang komen itu tidak pernah masuk penjara dan tidak tahu keadaan sebenar. Hanya mereka yang masuk penjara tahu apa ada di dalamnya,” katanya.

“Cerita saya adalah benar tanpa dibuat sebarang tokok tambah. Saya bukan hentam keromo bercerita pengalaman kerana selepas keluar penjara, saya bertanyakan pegawai penjara apa yang perlu saya ceritakan kepada masyarakat.”

Ameng, 50, berkata pegawai penjara membenarkannya berkongsi pengalaman itu kepada umum sebagai pengajaran supaya tidak melakukan jenayah.

“Saya perlu bercerita agar orang menjauhi penjara. Ini pengalaman saya agar orang gerun nak masuk penjara, gerun untuk buat salah, gerun dari hisap dadah, mencuri dan sebagainya lagi,” katanya.

Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana dadah. Beliau dibebaskan awal kerana berkelakuan baik.



Sumber Sebat 10 kali bukan cerita rekaan, Ameng cakap benar

Post a Comment

Previous Post Next Post