Tujuh maut akibat pergaduhan keluarga

GAZA: Sekurang-kurangnya tujuh penduduk Palestin terkorban dalam letupan di Bandaraya Gaza semalam, dalam apa yang disifatkan pegawai sebagai tindakan disengajakan selepas pertengkaran keluarga.

"Tujuh termasuk kanak-kanak maut dan 30 lagi cedera dalam letupan di rumah di Bandaraya Gaza," kata jurucakap Kementerian Kesihatan.

Kenyataan polis menyebut, seorang anggota keluarga Abu Assi sengaja membakar tong gas ketika pergaduhan, menyebabkan letupan berlaku.

Ia menyebut, polis menyiasat kejadian itu.

Saksi berkata, letupan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan dua tingkat itu.

Wartawan AFP berkata, pasukan polis Hamas, pergerakan yang mentadbir wilayah itu, menutup kawasan berhampiran kepada wartawan selepas letupan. - AFP



Sumber Tujuh maut akibat pergaduhan keluarga

Post a Comment

Previous Post Next Post