Walaupun cacat disimbah asid, saya masih kuat - mangsa

"SAYA tidak akan boleh lupa bagaimana perasaan ketika asid disimbah ke muka dan kulit mulai melecur.

"Waktu itu umur saya baru 14 tahun dan sukar untuk gambarkan kesakitannya," itu luahan Dolly Singh, 18 tahun yang dari Agra, India.

Menceritakan lebih lanjut, Dolly berkata, sebelum serangan, dia merupakan seorang gadis periang yang suka menonton wayang di rumah rakannya, pelajar pintar selain bercita-cita untuk menjadi doktor.

Namun, 5 Julai 2013 segalanya berubah buat Dolly.

BACA: Gara-gara bawa lari isteri majikan, mata lelaki disuntik asid sehingga buta

"Pada waktu itu ibu saya keluar bekerja dan saya berada di rumah sedang bermain apabila pintu rumah diketuk.

"Sebaik sahaja saya membuka pintu dan ada seorang tukang kayu, berusia 27 tahun berdiri di hadapan saya.

"Lelaki yang dikenali sebagai Pradeep itu merangkul saya hingga saya berjaya menolaknya sebelum menyedari ada cecair memercik di muka hingga berasa hangus lalu rebah ke lantai akibat kesakitan," katanya.

Dolly menjelaskan, sebelum ini, dia sering diganggu oleh Pradeep yang cuba meraba dan menciumnya selain mengajaknya berkahwin.

Selepas insiden itu, Dolly tidak tahu yang cecair tersebut adalah asid dan Pradeep didapati segera melarikan diri.

Gadis itu kemudian menangis hingga jiran tetangga membawa saya ke hospital lalu menghubungi ibu bapa saya.

"Doktor mengesahkan muka saya melecur hampir 60 peratus  dan merosakkan mata kiri serta lubang hidung hingga menyebabkan sukar bernafas," katanya.

Beberapa minggu Dolly dibenarkan keluar hospital dan ibu bapanya memutuskan untuk menanggalkan semua cermin yang ada di rumah mereka.

Namun, sebulan selepas serangan itu, Dolly terpanggil-panggil untuk melihat wajahnya dan menemui cermin kecil di bilik tidur ibunya lalu menjerit apabila mendapati wajahnya amat 'menakutkan'.

"Namun, ibu bapa saya cuba memujuk dengan menyatakan saya masih gadis cantik. Malah mereka juga telah berhabis hampir 6,000 pound sterling (RM33,000) untuk merawat wajah saya" katanya.

Kini, jiwanya kembali pulih apabila bertemu dengan rakan yang senasib dengannya dan meneruskan hidup dengan gembira.

Manakala, lelaki yang ditolaknya bernama Pradeep itu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.



Sumber Walaupun cacat disimbah asid, saya masih kuat - mangsa

Post a Comment

Previous Post Next Post