USAHAWAN kosmetik yang juga penyanyi, Nur Sajat Kamaruzzaman berkongsi impiannya sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-33 dan berharap agar tiada lagi yang bermusuhan dengannya.
“Impian saya adalah untuk terus maju dalam semua segi. Saya juga nak bekerja dan hidup dengan tenang tanpa ada musuh atau bergaduh dengan sesiapa,” katanya kepada Harian Metro.
Sajat ditemui di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, semalam mengadakan majlis doa selamat bersempena ulang tahun kelahirannya berkata, walaupun tahun 2018 baru masuk bulan kedua, dia sudah berhadapan pelbagai cabaran.
“Walaupun saya dilempar dengan pelbagai tuduhan dan kata-kata negatif, saya terus kuat bertahan.
“Orang sentiasa cuba mencari kesalahan saya dan mengaibkan saya dengan pelbagai kecaman.
“Namun, saya bersyukur kerana keluarga dan kawan-kawan rapat tak pernah berhenti memberikan sokongan kepada saya,” katanya.
Terbaru, Sajat akan muncul dengan single terbarunya yang berjudul Makhluk Penggoda.
Majlis kesyukuran dan doa selamat itu turut dihadiri oleh kaum keluarga serta dimeriahkan dengan kehadiran 80 anak-anak tahfiz Az Zahra, Pinggiran Subang.
Sumber: Harian Metro
Sumber “Walaupun saya dilempar dengan pelbagai tuduhan, saya terus kuat bertahan” – Luahan hati Sajat